Friday 18 September 2015

Merekod EBM Stock

Teks: Huzaimah Basar
Gambar: Koleksi Peribadi

Catatan EBM stok Hanzalah. Sedikit kesilapan 6*3OZ=18OZ


Saya hanya menggunakan kertas nota biasa dan di tampal di hadapan chest freezer drawer untuk merekod EBM stok. Susunan nombor pula sebaris hanya ada 10 nombor, mudah untuk mengira. EBM stok yang telah keluar/ digunakan akan ditanda. Di awal perancangan, kebiasaan bayi 2 bulan setengah akan minum 3oz untuk satu sesi. Sehari saya akan bekalkan sebanyak 18oz. Apabila memasuki usia 3 bulan, bayi akan dibekalkan 4oz untuk sekali minum dan sebanyak 24oz akan dibekalakan kepada taska. Bagi saya merekod EBM stok adalah penting. Lebih bagus jika setiap hari kita tahu jumlah stock yang ada. Oleh itu pentingnya rekod EBM stok ditampal pada tempat yang mudah dan selalu dilihat.

Antara kelebihan apabila merekod EBM stok yang keluar masuk adalah:
  1. Memastikan EBM stok mengcukupi
  2. Apabila stok berkurangan, tindakan awal dapat dilakukan
  3. Mengelakan daripada stress apabila EBM stok berkurangan
  4. Apabila melihat rekod EBM stok yang ada, mudah untuk bertenang.
  5. Tidak perlu untuk mengingat jumlah stock yang ada, hanya perlu melihat pada catatan.
  6. Kepala pun tidak serabut, boleh focus untuk mengepam.



No comments: